D' followers!

Khamis, 4 Ogos 2011

My Notebook's AC Adapter is Broken! -Part 2-

Assalamualaikum! Apa khabar? Saya harap anda semua sihat dan ceria...


Semalam saya telah menulis berkenaan Ac Adapter notebook kami yang rosak. Hari ini saya masi mahu menulis hal yang sama.


Semalam, adik saya, Che' Yang telah merawat wayar pengecas untuk kali yang kedua (juga dengan bandage luka). Dia dengan beraninya menyambungkan wayar itu pada notebook kami. Dan...usaha itu berjaya... (yeah!!!)


Jadi, adik2 saya pun bermainlah dengan notebook itu seperti biasa. Hinggalah pukul 9 malam tadi. Bateri notebook kami sudah mulai lemah. Jadi, Che' Yang pun menyambungkan semula pengecas pada notebook kami. Namun, malang sungguh nasib kami apabila wayar pengecas itu mulai berasap dan berbau hangit. Nasib baik tidak terbakar.


Hehe...itulah, lain kali jangan guna alatan elektrik yang sudah rosak. 


p/s- sudah serik mahu gunakan alatan yang rosak...nanti rambut terpacak, muka hitam legam baru tahu!

Rabu, 3 Ogos 2011

My Notebook's AC Adapter is Broken!

Apahal pula tiba2 tajuk post saya kali ini dalam Bahasa Inggerris, ya? Hehe...saja nak mencipta kelainan. (Iyalah tu...)


Ya, kawan2 dan teman2, AC Adapter @ pengecas bagi notebook Acer yang kami kongsi satu keluarga sudah rosak. Bukannya rosak apa, cuma getah penebat yang melilit wayar-wayar di dalamnya sudah terkopek dan terkoyak. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan wayar-wayar yang telah terdedah itu lalu mengakibatkan ia tidak berfungsi dengan baik. 


Hal ini telah menyebabkan notebook kami tidak dapat digunakan untuk sementara waktu kerana keadaan baterinya yang lemah akibat gagal dicas dan disambung kepada AC Adapter.


Bahagian wayar yang terjejas...

Kasihan si wayar pengecas ni...

Walaupun kami telah berusaha untuk merawatnya menggunakan bandage luka, (Ya, bandage luka bukan pita pelekat...) namun usaha itu tidak menjadi. (Bertahan beberapa hari saja) Bukan makin baik malahan semakin teruk. 

Oleh kerana hal itu, tanpa segan silu, saya telah mengambil netbook 1 Malaysia adik saya untuk digunakan tanpa kebenarannya. Haha...tak apa, adik saya ni sporting. 

Netbook 1 Malaysia adik saya...
Ac Adapter yang telah rosak tu kami ingat nak bawa ke kedai elektrik. Mana tahu kot2 boleh diganti saja wayar di dalam tu. Jimat sikit duit. Kalau tak boleh, nak tak nak kenalah beli pengecas yang baru.

p/s- Semua novel2 yang sedang saya tulis ada kat dalam notebook tu. (TT_TT)...Whuaa! Cepatlah baik!

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa !!!

Baru sebentar tadi (taklah baru sangat...) penyimpan mohor besar raja-raja dah umumkan yang anak bulan bagi bulan Ramadhan telah kelihatan. Jadi, maksudnya...besok seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa penuh sebulan Ramadhan.


Wah! Seronok betul rasanya. Sekejap lagi Masjid Ubudiah dekat rumah saya hendak mulakan solat sunat yang paling popular apabila tiba bulan Ramadhan penuh berkat ini. Solat Sunat Tarrawih. Tapi saya tak pergi sebab tak ada teman. Malulah perempuan pergi masjid sorang2.


Baiklah teman2, besok jangan lupa bangun sahur. Ingat! Sahur ini bukan sekadar mengalas perut, malah kita turut diberikan ganjaran pahala kerana melakukan amalan sunat di bulan mulia ini. Dan ingat teman2! Ganjaran pahala amalan sunat di bulan Ramadhan al-Mubarak ini sama dengan ganjaran amalan fardhu di bulan2 yang lain. Jadi, apa kata kita perbanyakkan amalan sunat dan mengutip ganjaran pahala sebanyak mungkin di bulan mulia ini?


Okeylah, muazzin (tok bilal) dah memulakan bacaannya. Jadi eloklah saya tamatkan post saya kali ini di sini.


Sampai berjumpa lagi! Assalamualaikum! Dadaa!...


p/s- entah kenapa setiap kali menjelang Ramadhan hati saya mesti rasa sebak. Kenapa, ya?

Jumaat, 29 Julai 2011

Mak dah mula buat biskut raya!

Assalamualaikum! 
Salam akhir Syaaban, Ahlan ya Ramadhan!

Apa khabar? Sudah lebih seminggu semenjak saya menulis post yang terakhir. Dan...tidak sampai beberapa hari sahaja lagi kita, umat Islam akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Kali ini saya nak bercerita pasal aktiviti tahunan emak saya apabila menjelang Ramadhan. Aktiviti membuat biskut raya!


Tadaa!
Biskut Semperit
Biskut Seri Bulan
(Yang warna coklat dalam bekas kat belakang tu biskut semperit coklat)

Haa! Yang ni biskut kesukaan saya...

Biskut Arab!
(emak saya telah menukar nama biskut ini kepada Seri Arabia...)

...Gambar-gambar lain...


Biskut arab yang telah disusun ke dalam bekas...

Golek gula banyak-banyak, baru sedap...


Yang ini packing untuk sample...




Nak angkat kuih keluar daripada oven pun nak tangkap gambar...
haha...!


Sebenarnya, kalau lagi garing, lagi sedap biskut ni!


Semperit original but mak taruh ceri instead of kismis...

Yang ini memang semperit original...

Ini dah nak habis doh ni...
so, kitorang design kitaorang punya biskut bentuk lain sikit...


Terlebih sapu putih telur, akibatnya chocolate rice jadi cair...
tapi, masih enak untuk dimakan...


Kitaorang buat kerja dekat bawah, lapik dengan surat khabar sahaja...





Susun punya susun, tup2! Jadi bentuk apa entah?








Amacam? Nampak sedap tak? Satu bekas bulat tu boleh isi 50-60 biji. Ikut saizlah. Harga pula RM 20 - RM 22. Okeylah tu, kan?


Setakat ini, itu sahajalah gambar yang dapat dikongsi. Nanti kalau ada masa, aku upload lagi. Okey, dadaaa...!

p/s- anak2 kucing yang selama ini bebas main kejar2 keliling rumah, sekarang dikurung di dapur atau di luar rumah...kesian, kesian, kesian...