D' followers!

Sabtu, 25 Jun 2011

Akaun Facebook...

Bila cakap tentang Facebook ataupun lebih glamor dengan panggilan FB, pasti kome semua dah tahu kan ape kebendenyerlah binatang si FB ni kan? Kalo ada yang tak tahu tu, aku yakinlah, at least kome pernah dengor tentang si Facebook ni. Kan? Kan?

Actually, aku pun kira barulah juga memiliki akaun FB ni. Selama ni main intai2 ajalah kawan2 punya. Nak buat pun tak boleh, rumah aku mana ada internet. Nak pergi CC malulah pula. Yalah, manalah sopankan anak dara melepak kat CC semata-mata untuk ber-facebook. Kan? Kan?


Okeylah, dipendekkan cerita, dan untuk mengelakkan aku merapu lebih2, baik aku straight to the point saja. Disember lepas mak akupun belikanlah notebook. Bukan untuk aku seorang ya, untuk kongsi adik-beradik. (mak aku malas nak beli desktop coz rumah kitaorang tak ada ruang nak letak PC tu nanti) Sehari selepas tu mak aku belikan Broadband pula. Maxis punyer! (lembab sih! aku tak syorkan yang ini)

So, apa lagi? Dapat2 saja BB tuh, aku terus lah sign up akaun FB. Waktu tu aku rasa seronok gilalah coz dah ada FB sendiri. Tak payah nak dok intai kawan punya lagi. Tapi, bila dah lama2 ni, aku rasa macam boringlah pula FB ni. Apa yang istimewa entahlah. Aku pun tak tahu. 

Sekarang ni, aku cuma dok post birthday wishes saja. Rutin harian dua jam menghadap FB telah berubah kepada 3 jam di hadapan lappy mencari idea menulis novel. Lagi berfaedah rasanya, kan? Kan?

Okeylah, rasanya itulah sahaja yang nak aku celotehkan kali ni. Macam tergantung pula, ya? (masih belum pandai menulis ending yang bagus untuk setiap post/ entry/ cerpen/ bla3...)

p/s-sekarang ni akaun FB aku hanya digunakan untuk aku main game kat FB. haha! 

Isnin, 20 Jun 2011

Menulis Novel

Okeylah, hari ini aku nak tulis sikit pasal hobi aku menulis novel. (yeke hobi?) asalkan dilakukan pada masa lapang, hobilah tu kan?

Aku bukannya pandai sangat bab mengarang cerita / ayat ni. but, sebab terlampau banyak sangat idea yang bersarang di kepala ni, maka aku keluarkanlah dalam bentuk karya penulisan. 

Actually, mula2 tu aku cuma buat cerita dialog jewr. Ala, lebih kurang macam skriplah. (yeke? pandai je! skrip pun tak pernah tahu macam mana bentuknya. pandai je aku ni kelentong) waktu tu aku baru darjah 5 (darjah 4 kut? entahlah!) . Tulis cerita kat dalam buku latihan yang kosong. semua cerita merepek-repek. Yalah, waktu tu belum matang lagikan? (hehe...waktu ni aku memang taksub betul dengan drama Gerak Khas. so, kebanyakkan skrip aku berkisarkan tentang polislah...malahan, aku siap masukkan lagi nama watak2 dalam drama Yusof Haslam tu dalam karya aku.)

Waktu tu aku rasa seronok gila bila ada yang sudi baca karya aku yang entah apa2 tu. Hinggalah bila aku masuk tingkatan 1, aku masuk sekolah asrama, aku berhentilah kejap berkarya ni. Tapi tak lamalah. Kira2 6 bulan lepas tu, aku mula start balik menulis. Waktu inilah aku mula berjinak2 menulis novel. Novel persahabatan dan novel remaja. But, kebanyakkannya tertunggak coz waktu tu aku memang betul2 tak tahu cara untuk menyedapkan novel. Walaupun idea dah ada, but kalau kemahiran menulis tu tak ada, tak guna juga. Kan2?

So, oleh kerna agak hampa dengan novel, aku berbalik semula kepada penulisan dialog. Aku mula buat cerita fiksyen. Idea aku waktu ni memang banyak dipengaruhi oleh manga / anime Jepun. Tapi, aku perasan, kawan2 aku kat sekolah menengah ni mana suka cerita dialog macam tu. Diorang lebih prefer untuk baca novel berbanding karya jenis dialog. (walaupun bagi aku karya dialog ni lagi senang nak faham berbanding novel. tapi...entahlah?!) Jadi, diam2 aku usahalah juga untuk menyempurnakan karya novel aku. Seronok betul rasa bila dah dapat siapkan sebuah novel. Walaupun jalan cerita tak berapa nak kukuh, but aku peduli apa? Bukannya aku nak publish pun novel aku tu. aku just nak bagi kawan2 aku baca aja.  

So, start fom that moment, aku pun mulalah serius untuk mencurahkan setiap idea yang bersarang di dalam kepala aku ni ke dalam bentuk sebuah karya penulisan berupa novel. Kiranya, macam itulah ceritanya bagaimana aku boleh menjadikan menulis novel ini sebagai hobi aku sampai sekarang.

Sekarang ni, aku tengah giat berusaha untuk menyempurnakan novel fiksyen aku. (yang asalnya adalah daripada karya dialog aku semasa tingkatan 2) Doa2kanlah agar cepat siap, ya.  


p/s: Teringin nak terbitkan novel, but tak tahu bagaimana caranya. Ada yang boleh bantu tak?


 

Isnin, 6 Jun 2011

Last Day Taming Sari...

Pada suatu hari...eh, salah2!
Semalam last day dapat tengok Taming Sari dr dekat... So, aku n adik2 + my mummy pegilah ke Galeri Sultan Azlan Shah. Perjalanan ke sana mengambil masa 5 jam...(cakap bohong...actually galeri tu ada kat seberang jalan taman perumahan aku jewr...) So, instead of berjalan kaki, kitorang decide tuk naik kereta... (saja nak membazir petrol... coz lepas tu kitorang mahu terus pegi pekan...)

Kitorang gerak dari rumah jam 4 ptg. Lagi sejam sebelum gate galeri ditutup. Sampai2 jewr kitorang terus masuk... (ofcoz la sebelum tu kene beli tiket dulu...RM11 tu... tambah lagi rm1 boleh beli kreko x3)  Masuk2 jew kitorang dapat lihatlah kotak kaca yang tempatkan keris Taming Sari tu... But kitorang xdapat lihat ngan jelas coz ramai yang duk kerumun kotak kaca tu... (last day la katakan...)

So, oleh kerna xmahu membuang masa menunggu ruang legar tu kosong, kitorang pown mulalah bergerak... Tawaf satu galeri tu... Adik aku si Aiman tu jadi penunjuk jalan... Lepas pusing ground floor kitorang naik pulak tingkat atas... Besar gak galeri nie... Camne la agaknyer waktu budak2 Muzwin dulu sekolah kat sini... Minggu first mesti selalu sesat jalan...

Okey2... Xyah melalut... So, lepas kitorang habis tawaf bahagian atas... Kitorang turunlah balik ke ground Floor (ofcoz la kene turun...takkan kitorang nak duduk aje kat tingkat atas tu...kan2?) Tiba je ke ground floor, kitorang tengok kaunter pertanyaan da kosong... Ruang legar yang ade Taming Sari tu pown dah lengang... Tgok2 jam... Rupe2nyer dah pukul 5 lebih... Orang pown sume dah pakat nak balik...

kitorang pown ape lagi, cepat2 lah kuar cari kasut... (ya, masuk galeri ni kene bukak kasut...) Kasut kitorang habis sume basah lencun kene hujan... Nasib baikla waktu kitorang kuar tu ujan da reda... Kalo x, basah kuyuplah kami berlari ke kereta...

Jadi, oleh kerna ujan sudah beransur reda... Kitorang amikla kesempatan untuk mengambil gambar kenangan kat luar galeri tu...

Senyum!!!

Saye yang paling bulat...huhu!






Ainun yang tolong tangkapkan gambor niew...

So, ini sajalah gambar yang ade...yang dapat dikongsi bersama...chewah! skema2...
 
Oklah...nanti kalo rajin aku menulis lagi...ya? Tata!!!