D' followers!

Isnin, 20 Jun 2011

Menulis Novel

Okeylah, hari ini aku nak tulis sikit pasal hobi aku menulis novel. (yeke hobi?) asalkan dilakukan pada masa lapang, hobilah tu kan?

Aku bukannya pandai sangat bab mengarang cerita / ayat ni. but, sebab terlampau banyak sangat idea yang bersarang di kepala ni, maka aku keluarkanlah dalam bentuk karya penulisan. 

Actually, mula2 tu aku cuma buat cerita dialog jewr. Ala, lebih kurang macam skriplah. (yeke? pandai je! skrip pun tak pernah tahu macam mana bentuknya. pandai je aku ni kelentong) waktu tu aku baru darjah 5 (darjah 4 kut? entahlah!) . Tulis cerita kat dalam buku latihan yang kosong. semua cerita merepek-repek. Yalah, waktu tu belum matang lagikan? (hehe...waktu ni aku memang taksub betul dengan drama Gerak Khas. so, kebanyakkan skrip aku berkisarkan tentang polislah...malahan, aku siap masukkan lagi nama watak2 dalam drama Yusof Haslam tu dalam karya aku.)

Waktu tu aku rasa seronok gila bila ada yang sudi baca karya aku yang entah apa2 tu. Hinggalah bila aku masuk tingkatan 1, aku masuk sekolah asrama, aku berhentilah kejap berkarya ni. Tapi tak lamalah. Kira2 6 bulan lepas tu, aku mula start balik menulis. Waktu inilah aku mula berjinak2 menulis novel. Novel persahabatan dan novel remaja. But, kebanyakkannya tertunggak coz waktu tu aku memang betul2 tak tahu cara untuk menyedapkan novel. Walaupun idea dah ada, but kalau kemahiran menulis tu tak ada, tak guna juga. Kan2?

So, oleh kerna agak hampa dengan novel, aku berbalik semula kepada penulisan dialog. Aku mula buat cerita fiksyen. Idea aku waktu ni memang banyak dipengaruhi oleh manga / anime Jepun. Tapi, aku perasan, kawan2 aku kat sekolah menengah ni mana suka cerita dialog macam tu. Diorang lebih prefer untuk baca novel berbanding karya jenis dialog. (walaupun bagi aku karya dialog ni lagi senang nak faham berbanding novel. tapi...entahlah?!) Jadi, diam2 aku usahalah juga untuk menyempurnakan karya novel aku. Seronok betul rasa bila dah dapat siapkan sebuah novel. Walaupun jalan cerita tak berapa nak kukuh, but aku peduli apa? Bukannya aku nak publish pun novel aku tu. aku just nak bagi kawan2 aku baca aja.  

So, start fom that moment, aku pun mulalah serius untuk mencurahkan setiap idea yang bersarang di dalam kepala aku ni ke dalam bentuk sebuah karya penulisan berupa novel. Kiranya, macam itulah ceritanya bagaimana aku boleh menjadikan menulis novel ini sebagai hobi aku sampai sekarang.

Sekarang ni, aku tengah giat berusaha untuk menyempurnakan novel fiksyen aku. (yang asalnya adalah daripada karya dialog aku semasa tingkatan 2) Doa2kanlah agar cepat siap, ya.  


p/s: Teringin nak terbitkan novel, but tak tahu bagaimana caranya. Ada yang boleh bantu tak?


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan