D' followers!

Sabtu, 25 Jun 2011

Akaun Facebook...

Bila cakap tentang Facebook ataupun lebih glamor dengan panggilan FB, pasti kome semua dah tahu kan ape kebendenyerlah binatang si FB ni kan? Kalo ada yang tak tahu tu, aku yakinlah, at least kome pernah dengor tentang si Facebook ni. Kan? Kan?

Actually, aku pun kira barulah juga memiliki akaun FB ni. Selama ni main intai2 ajalah kawan2 punya. Nak buat pun tak boleh, rumah aku mana ada internet. Nak pergi CC malulah pula. Yalah, manalah sopankan anak dara melepak kat CC semata-mata untuk ber-facebook. Kan? Kan?


Okeylah, dipendekkan cerita, dan untuk mengelakkan aku merapu lebih2, baik aku straight to the point saja. Disember lepas mak akupun belikanlah notebook. Bukan untuk aku seorang ya, untuk kongsi adik-beradik. (mak aku malas nak beli desktop coz rumah kitaorang tak ada ruang nak letak PC tu nanti) Sehari selepas tu mak aku belikan Broadband pula. Maxis punyer! (lembab sih! aku tak syorkan yang ini)

So, apa lagi? Dapat2 saja BB tuh, aku terus lah sign up akaun FB. Waktu tu aku rasa seronok gilalah coz dah ada FB sendiri. Tak payah nak dok intai kawan punya lagi. Tapi, bila dah lama2 ni, aku rasa macam boringlah pula FB ni. Apa yang istimewa entahlah. Aku pun tak tahu. 

Sekarang ni, aku cuma dok post birthday wishes saja. Rutin harian dua jam menghadap FB telah berubah kepada 3 jam di hadapan lappy mencari idea menulis novel. Lagi berfaedah rasanya, kan? Kan?

Okeylah, rasanya itulah sahaja yang nak aku celotehkan kali ni. Macam tergantung pula, ya? (masih belum pandai menulis ending yang bagus untuk setiap post/ entry/ cerpen/ bla3...)

p/s-sekarang ni akaun FB aku hanya digunakan untuk aku main game kat FB. haha! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan