D' followers!

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa !!!

Baru sebentar tadi (taklah baru sangat...) penyimpan mohor besar raja-raja dah umumkan yang anak bulan bagi bulan Ramadhan telah kelihatan. Jadi, maksudnya...besok seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa penuh sebulan Ramadhan.


Wah! Seronok betul rasanya. Sekejap lagi Masjid Ubudiah dekat rumah saya hendak mulakan solat sunat yang paling popular apabila tiba bulan Ramadhan penuh berkat ini. Solat Sunat Tarrawih. Tapi saya tak pergi sebab tak ada teman. Malulah perempuan pergi masjid sorang2.


Baiklah teman2, besok jangan lupa bangun sahur. Ingat! Sahur ini bukan sekadar mengalas perut, malah kita turut diberikan ganjaran pahala kerana melakukan amalan sunat di bulan mulia ini. Dan ingat teman2! Ganjaran pahala amalan sunat di bulan Ramadhan al-Mubarak ini sama dengan ganjaran amalan fardhu di bulan2 yang lain. Jadi, apa kata kita perbanyakkan amalan sunat dan mengutip ganjaran pahala sebanyak mungkin di bulan mulia ini?


Okeylah, muazzin (tok bilal) dah memulakan bacaannya. Jadi eloklah saya tamatkan post saya kali ini di sini.


Sampai berjumpa lagi! Assalamualaikum! Dadaa!...


p/s- entah kenapa setiap kali menjelang Ramadhan hati saya mesti rasa sebak. Kenapa, ya?

Jumaat, 29 Julai 2011

Mak dah mula buat biskut raya!

Assalamualaikum! 
Salam akhir Syaaban, Ahlan ya Ramadhan!

Apa khabar? Sudah lebih seminggu semenjak saya menulis post yang terakhir. Dan...tidak sampai beberapa hari sahaja lagi kita, umat Islam akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Kali ini saya nak bercerita pasal aktiviti tahunan emak saya apabila menjelang Ramadhan. Aktiviti membuat biskut raya!


Tadaa!
Biskut Semperit
Biskut Seri Bulan
(Yang warna coklat dalam bekas kat belakang tu biskut semperit coklat)

Haa! Yang ni biskut kesukaan saya...

Biskut Arab!
(emak saya telah menukar nama biskut ini kepada Seri Arabia...)

...Gambar-gambar lain...


Biskut arab yang telah disusun ke dalam bekas...

Golek gula banyak-banyak, baru sedap...


Yang ini packing untuk sample...




Nak angkat kuih keluar daripada oven pun nak tangkap gambar...
haha...!


Sebenarnya, kalau lagi garing, lagi sedap biskut ni!


Semperit original but mak taruh ceri instead of kismis...

Yang ini memang semperit original...

Ini dah nak habis doh ni...
so, kitorang design kitaorang punya biskut bentuk lain sikit...


Terlebih sapu putih telur, akibatnya chocolate rice jadi cair...
tapi, masih enak untuk dimakan...


Kitaorang buat kerja dekat bawah, lapik dengan surat khabar sahaja...





Susun punya susun, tup2! Jadi bentuk apa entah?








Amacam? Nampak sedap tak? Satu bekas bulat tu boleh isi 50-60 biji. Ikut saizlah. Harga pula RM 20 - RM 22. Okeylah tu, kan?


Setakat ini, itu sahajalah gambar yang dapat dikongsi. Nanti kalau ada masa, aku upload lagi. Okey, dadaaa...!

p/s- anak2 kucing yang selama ini bebas main kejar2 keliling rumah, sekarang dikurung di dapur atau di luar rumah...kesian, kesian, kesian...

Selasa, 19 Julai 2011

Petak Parking >>>Tempat Menjaja Durian

Ini entri kedua aku untuk hari ini. Pecah rekod! Pecah rekod! Tak pernah dibuat aku menulis dua entri dalam satu hari.


Baiklah2! Kembali kepada tajuk post aku kali ini, aku nak cerita sikit pasal kejadian petang semalam.


Semalam aku keluar dengan mak dan adik bongsu aku ke pekan. Ingat nak cari barang rumah sedikit. So, kitaorang decide untuk pergi ke satu2nya pasar raya yang ada di pekan Kuala Kangsar ini. Pasar raya The Store.


Waktu itu sudah pukul 6.30 petang. Jadi, kami sangat2lah berharap ada petak meletak kenderaan yang kosong di hadapan pasar raya itu. Tak perlulah kitaorang nak pusing berkali-kali untuk cari parking lot.


Sampai2 sahaja kami di hadapan pasar raya tu, kami lihat ada dua buah petak parking yang sepatutnya kosong dan diisi oleh kenderaan2 yang beratur panjang di tepi2 jalan raya yang agak sibuk itu. (kalau polis ada mesti dah kena halau keluar) Tetapi, satu kenderaan pun tak berani nak masuk ke situ pasal sikap seorang penjaja durian yang tidak bertanggungjawab ini.


Adakah patut pada pemikiran anda, seorang penjaja melonggokkan durian2 (jika disukat menggunakan raga rotan, lebih kurang tiga bakul) di bahagian hadapan lot2 parking yang kosong itu? Tak patut bukan? Tak patut bukan?


Wah, pakcik! Tamak nampak! Kalau kau guna satu lot parking tu pun orang akan merungut dalam hati, ini kau guna sampai dua! DUA! Aku rasalah, kalau pakcik tu guna satu sahaja lot parking pun sudah cukup, bukan banyak pun duriannya. (Kalau diikutkan jumlah durian yang Ayah Chu aku bagi kat keluarga kitaorang lagi banyaklah dari tu!)


Sebab sikap tamak pakcik inilah, mak saya terpaksa pusing2 mencari parking. tak pasal2 pulak kitaorang kena parking dekat tepi jalan seberang. Kalau polis saman, siapa mahu bayar? Pakcik mahu bayarkah?


Jadi, the moral of the story is...Fikirlah dulu sebelum membuat apa2 tindakan yang berkemungkinan akan mendatangkan kesusahan kepada orang sekeliling.


p/s- musim durian sudah mahu habis, but malam semalam Ayah Chu  bagi satu bakul durian lagi. Sampai pecah bakul hijau tu sebab tak dapat tampung durian berat sangat.

Wallpaper Domo-kun?!

Melihat pada tajuk yang tertera di atas, pasti kauorang tertanya-tanya apa kebendelah yang aku nak membebel kali ini pasal si Domo-kun tu, kan?


Sebenarnya, tak ada bendalah sangat. Aku sebenarnya nak tulis pasal adik aku yang telah menggantikan wallpaper notebook kami ini dengan gambar wajah Domo-kun yang bagi aku tak cute langsung. (menyeramkan adalah)
Wallpaper notebook kitorang sekarang
Muka Domo-kun yang bagi aku comel tapi menyeramkan...
Bagi kome?

Uishh! Tengok gigi dia! memang sahlah dia ni monster!
(Dia ni memang monster ke? Aku tak tau!)



Walaupun sebenarnya binatang Domo-kun ni memang comel, tapi kalau fokus bahagian muka dia...eiii! Monster berbulu coklat manalah pulak yang sesat melekat kat skrin LCD notebook kitorang ni? Ish3x!!!


Baiklah, itu sahaja yang mahu aku ngomelkan kali ini. Moga bertemu lagi!


p/s- Jangan marah ya, Anum?

Kisah Tomey!!

Huh? Sapa pulak Tomey ni? Haha, inilah dia si Tomeyku yang dah genap 1 tahun.

♫❤♫...HAPPY BIRTHDAY TOMEY... ❤♫


Tomey ni kucing peliharaan saya. Dia lahir 19 Julai tahun lepas, so hari ini, dia genap satu tahun. Sebenarnya, Tomey ni lahir 4 beradik. Tomey yang nombor 2. But, adik-beradik dia yang lagi 3 tu mati sebab sakit waktu deme umur 5 bulan.
Waktu ni Tomey baru bukak mata...kecik lagi baru besar tapak tangan
Tomey...Tomey-To...
4 beradik little kitten waktu kecik
Tomey n Abu
Tomey with Mama Ara


Tomey ni waktu kecik hyperpasif. (lawan kepada hyperaktif). Lepas tu, dia ni asyik sakit aja. Apabila dah sakit tu, mulalah duduk sekor2. Terasing daripada tiga ekor adik-beradik dia yang lain. Dan, sebab itu jugaklah, dia tak terjangkit penyakit berjangkit yang terkena pada adik-beradik dia (tak tau apakah nama penyakitnya). Habis semua mati, tinggal Tomey seekor aja yang hidup.
Waktu ni Tomey baru 3 bulan...dah nak dekat sama besar dengan Mama
Tomey dengan abang Abu, Yama n Adek...
waktu ni baru 4 bulan 10 hari...


Lepas adik-beradik dia tu mati, Tomey ni jadi macam kucing bingung aja. Nak main tak ada kawan. Nak gaduh tak ada lawan. Nak keluar rumah pulak, kalau mama dia tak keluar sekali jangan haraplah dia nak keluar sendiri. Kena paksa pun dia tak mahu keluar.


Tapi, sebulan lepas tu Tomey sudah dapat kawan kecik. Adik kitten dia (nama dia Lala) yang lahir sehari selepas adik-beradik Tomey mati, sudah cukup pandai untuk teman Tomey bermain. 
Tomey n Lala

Ikut menyibuk tidur dengan Mama Ara n Adik Lala

Tomey menggedik dengan mama...

But, semua itu tidak lama apabila Lala mati dipijak oleh seseorang (identiti harus dirahsiakan) tanpa sengaja...

...Tomey kembali sendirian...

Aktiviti harian Tomey semenjak kembali sendirian

...ZzzzZz...

Tidor gaya menggedik...

Tidor lagi...

Pose depan kamera....

Golek2 di lantai...

Semuanya sekor2 dia sahaja...kesian, kesian, kesian...

8 Mei 2011...
Mama Tyara telah melahirkan 4 ekor cute little kitten yang akhirnya ditakdirkan membesar dengan sihat dan gebu. (haha, gedik sungguh bunyi ayat aku ni) Sebulan kemudian...atau lebih tepat lagi 1 1/2 bulan kemudian...
Sudah ada teman untuk lepak sama2 atas meja kopi lama...

Berehat kejap lepas penat main kejor2...

Oleh kerna mama taknak temankan adik2 kat dalam sangkar, biar Abang Omey saja yang lakukan tugas itu...

Gigit jangan tak gigit!

Didy, Tomey n Montel

Semua pakat sudah mengantuk...

Tengah tunggu pintu kandang dibukakan untuk dia...

Tak sabar nak tunggu adik keluar, nanti boleh main kejar2 macam kucing gila! Huhu...

Haha! Seronok betul Tomey main dengan adik2 dia yang 4 ekor ni. Terutama sekali si Montel tu.
Tomey paling sayang adik dia yang Montel ni...


Apa2 pun, saya amat berharap agar Tomey terus ceria dan manja (dan menggedik2...). dan terus memberatkan badan hingga menjadi seperti Garfield. (sakit doh tangan nak dukung dia, macam dukung anak orang. Hehe...)


Makan kenyang2! Nanti boleh jadi macam Garfield!
Yummy2! Sedapnyerr Friskies perasa ikan ni...!

Tomey sekarang ni lagi besar daripada Mama tau?

Panjang pun Tomey lebih jugak...huhu!
p/s-Tomey sekarang ni sudah tidak pandai simpan kuku apabila main dengan orang. mungkin Sudah biasa bukak kuku bila main dengan adik2, kot? Apa2 pun, saya tetap sayang si Tomey bulat ni! 
HAPPY FIRST BIRTHDAY!