D' followers!

Selasa, 9 Ogos 2011

Juadah Sahur Pagi Tadi...

Assalamualaikum dan hai sekali lagi! Post kali ini adalah tentang juadah sahur kami pagi tadi... Tiada yang istimewa namun saya masih mahu berkongsi cerita. 

Selalunya waktu sahur kami (terutama sekali saya) akan makan nasi. Nasi putih + telur dadar... nasi goreng...dan nasi minyak (yang akhir ini sudah terang-terang saya berbohong). Paling kurang pun makan roti canai segera celup telur ataupun roti krim Gardenia.

Jadi, malam semalam, Sebelum masuk tidur, mak saya pun tanaklah satu periuk nasi di atas dapur gas bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku jika terlewat bangun sahur pagi nanti. Waktu tu jam dah pukul 11.30 malam. 

20 minit kemudian saya pergi ke dapur untuk memastikan nasi sudah elok masak atau masih mendidih (ataupun sudah memiliki kerak hitam di bahagian bawahnya). Tapi, apa yang saya nampak adalah api dapur gas tersebut tidak bernyala. Dan beras di dalam periuk itu masih terendam elok di dalam air.

Alamak, gas sudah habis! Macam manalah seorangpun tidak perasan? Di Kuala ni mana ada kedai yang sanggup hantar gas tengah2 malam begini. 

Sudahlah di rumah ini tiada benda yang boleh dimakan segera tanpa perlu menggunakan dapur gas. Roti putih juga sudah habis (dimakan oleh 4 ekor little kitten). Cerek elektrik pun tak ada, macam mana nak masak air pagi nanti?

Jadi, nak tak nak, mak saya putuskan untuk pergi mencari roti dan air untuk sahur nanti di kedai runcit bapa saudara saya. Nak tahu apa yang dibeli? Ini dia...
Boleh pilih nak yang mana satu...
Pilihan saya...
Roti putih bakar sapu kaya + air kotak Dutch Lady kopi...
p/s- jangan terpedaya dengan gambar di atas. itu hanyalah permulaan sahur saya...



Kad Raya untuk Rakan-rakan di SARJANA...

Assalamualaikum dan hai para blogwalkers yang sudi singgah di blog ini.


Hari ini saya cuma mahu berkongsi mengenai aktiviti tahunan saya setiap kali menjelang Aidilfitri, menghantar kad raya. Oleh kerana Ramadhan tahun ini sudah masuk ke minggu yang kedua, saya rasa molek sungguh jika saya mula mengirim kad raya kepada rakan-rakan di sekolah lama saya.


Taraa...!



Satu kad raya untuk rakan-rakan di Sarjana sudah siap! Tinggal nak pos sahaja...tunggu kad ni sampai ya, kawan2?

p/s- teringin nak dapat banyak kad raya tahun ni...


Isnin, 8 Ogos 2011

Adik2 Sudah Dapat Duit Raya

Assalamualaikum! Hai kepada semua yang sudi lalu dan membaca blog saya yang simple ni.

Hari ini sudah 8 Ogos. Hari ini juga sudah 8 Ramadhan. Wah, pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu, ya? Sudah seminggu kita umat Islam berpuasa. Maksudnya, lebih kurang tiga minggu lagi Syawal akan menjelang tiba.

Cakap pasal Syawal, pasti semua orang terfikir pasal hari raya Aidilfitri. Cakap pasal Aidilfitri pula, saya pasti ramai yang terfikir pasal duit raya. Si kecil sibuk berkira-kira berapa banyak duit raya yang bakal terkumpul Syawal kali ini. Yang dewasa pula sibuk memikirkan berapa banyaklah duit simpanan akan habis untuk dijadikan duit raya kepada anak-anak kecil yang akan bertandang ke rumah nanti. Tak mengapa, memberi sesuatu dengan ikhlas itu dikira sedekah. 

Sebut pasal duit raya, adik2 saya, Auni, Aiman dan 'Aisyah sudah mula dapat duit raya. Semalam anak2 yatim dan miskin daripada Muzwin (nama singkatan kepada sekolah mereka...dan sebutannya adalah Maz-win not Muz-win) ada jamuan berbuka puasa anjuran Masjid Ubudiah. Tiap2 tahun ada jamuan ini. Saya juga pernah merasa untuk dua tahun terakhir di Muzwin.

Apabila ada jamuan berbuka begini, maka ramailah insan2 yang bermurah hati sudi menyumbangkan duit raya. Jadi, dipendekkan cerita, ketiga-tiga orang adik saya itu turut merasa mendapat duit raya awal. Wah3, baru seminggu puasa dah dapat duit raya! Seronok betul kome, ya? 
Sampul duit raya sumbangan Masjid Ubudiah

Jelez sungguh melihat duit ni...

Masing2 dapat dua sampul duit raya. Satu sampul ada RM20. Kalau dihitung...RM20 x 2 = Rm40 seorang. Tiga orang sudah RM 120. Murah betul rezeki mereka yang sudi berkongsi kesenangan dengan orang2 yang memerlukan ini. Semoga Allah membalas jasa kalian.

p/s- walaupun saya sudah besar, saya masih teringin nak kumpul duit raya banyak2... hehe >_<


Kliklah Link ni...!

Mahu jana pendapatan menjelang Syawal? Join #ChurpChurp hari ini!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Berbuka di Resort Sungai Perak

Assalamualaikum...apa khabar? Alhamdulillah, hari ini Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada diri saya. Saya harap, anda juga sama.


Awal petang tadi, sekitar jam 2 petang, mak su saya telefon ke rumah kami. Dia kata, pak yan kami mahu belanja kami berbuka puasa di Resort Sungai Perak. Apa lagi, kami pun YEAY!!! (mana ada, main2 saja)


So, petang tu, lebih kurang pukul 6, kami pun bersiap-siaplah. Pakai bedak dan deodoran biar kekal wangi. (chewah!!!) Mak su janji mahu datang jemput pukul 6.15, tup2 pukul 6.45 baru sampai. Baguslah, dapat saya tengok episod baru Upin & Ipin sedikit. Sambil2 tungg mak su tu kitorang pose depan kamera bersama dengan mak.


Anum dan mak

mak dan saya

mak dan Aiman

Ni dengan si bongsu, Aisyah

mak dan Oni
Yang ni pulak, mak posing sorang2...
Baru nak bertolak...

Adik-adik 3 orang ikut kereta maksu ni...

Waktu kami sampai kat sana, mak yong, Paksu An dengan Pak Yan and family dah tunggu. Haziq sudah senyum2 apabila nampak Aiman. Harris pula dah besar. Gigi pun sudah banyak. Rasanya waktu jumpa raya tahun lepas, dia tak ada gigi lagi.


Kami sampai awal. Belum lagi pukul 7. Maksudnya, kena tunggu lagi 30 min+ sebelum masuk waktu berbuka. Sambil2 tu kami sempat ber-posing tangkap gambar lagi. (Haha...guna kamera handphone saja.)













Lagi 10 minit nak masuk waktu, kitorang pun mulalah beratur nak ambil makanan dan minuman. Alhamdulillah, makanan di sini sedap dan enak. Cuma agak pedas bagi orang yang lidah nipis seperti saya ini. Tapi, tidak mengapa kerana saya tak kisah untuk ulang alik mengisi air.


Calculations juadah berbuka saya hari ini...

  • 1 1/2 senduk nasi putih                    +
  • satu senduk kuah kari+daging         +
  • satu senduk kuah masak lemak       +
  • satu senduk udang masak rendang  +
  • 6 gelas air...haha                              +
  • sepotong kuih 
Sama dengan...= Burp! Alhamdulillah, kenyang sudah.


Lepas berbuka pun main posing2 lagi...huhu...
Meir


Melayan keletah Harris dengan kucing...



Apa-apa pun, thank you very3 much to my uncle, Pak Yan sebab sudi belanja kami sekeluarga. Moga pintu rezeki akan selalu terbuka untuk pak yan dan keluarga. Lain kali kalau dapat bonus lagi, belanjalah lagi ya...hehe.


p/s-takde nota kaki untuk kali ini...

Khamis, 4 Ogos 2011

My Notebook's AC Adapter is Broken! -Part 2-

Assalamualaikum! Apa khabar? Saya harap anda semua sihat dan ceria...


Semalam saya telah menulis berkenaan Ac Adapter notebook kami yang rosak. Hari ini saya masi mahu menulis hal yang sama.


Semalam, adik saya, Che' Yang telah merawat wayar pengecas untuk kali yang kedua (juga dengan bandage luka). Dia dengan beraninya menyambungkan wayar itu pada notebook kami. Dan...usaha itu berjaya... (yeah!!!)


Jadi, adik2 saya pun bermainlah dengan notebook itu seperti biasa. Hinggalah pukul 9 malam tadi. Bateri notebook kami sudah mulai lemah. Jadi, Che' Yang pun menyambungkan semula pengecas pada notebook kami. Namun, malang sungguh nasib kami apabila wayar pengecas itu mulai berasap dan berbau hangit. Nasib baik tidak terbakar.


Hehe...itulah, lain kali jangan guna alatan elektrik yang sudah rosak. 


p/s- sudah serik mahu gunakan alatan yang rosak...nanti rambut terpacak, muka hitam legam baru tahu!

Rabu, 3 Ogos 2011

My Notebook's AC Adapter is Broken!

Apahal pula tiba2 tajuk post saya kali ini dalam Bahasa Inggerris, ya? Hehe...saja nak mencipta kelainan. (Iyalah tu...)


Ya, kawan2 dan teman2, AC Adapter @ pengecas bagi notebook Acer yang kami kongsi satu keluarga sudah rosak. Bukannya rosak apa, cuma getah penebat yang melilit wayar-wayar di dalamnya sudah terkopek dan terkoyak. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan wayar-wayar yang telah terdedah itu lalu mengakibatkan ia tidak berfungsi dengan baik. 


Hal ini telah menyebabkan notebook kami tidak dapat digunakan untuk sementara waktu kerana keadaan baterinya yang lemah akibat gagal dicas dan disambung kepada AC Adapter.


Bahagian wayar yang terjejas...

Kasihan si wayar pengecas ni...

Walaupun kami telah berusaha untuk merawatnya menggunakan bandage luka, (Ya, bandage luka bukan pita pelekat...) namun usaha itu tidak menjadi. (Bertahan beberapa hari saja) Bukan makin baik malahan semakin teruk. 

Oleh kerana hal itu, tanpa segan silu, saya telah mengambil netbook 1 Malaysia adik saya untuk digunakan tanpa kebenarannya. Haha...tak apa, adik saya ni sporting

Netbook 1 Malaysia adik saya...
Ac Adapter yang telah rosak tu kami ingat nak bawa ke kedai elektrik. Mana tahu kot2 boleh diganti saja wayar di dalam tu. Jimat sikit duit. Kalau tak boleh, nak tak nak kenalah beli pengecas yang baru.

p/s- Semua novel2 yang sedang saya tulis ada kat dalam notebook tu. (TT_TT)...Whuaa! Cepatlah baik!

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa !!!

Baru sebentar tadi (taklah baru sangat...) penyimpan mohor besar raja-raja dah umumkan yang anak bulan bagi bulan Ramadhan telah kelihatan. Jadi, maksudnya...besok seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa penuh sebulan Ramadhan.


Wah! Seronok betul rasanya. Sekejap lagi Masjid Ubudiah dekat rumah saya hendak mulakan solat sunat yang paling popular apabila tiba bulan Ramadhan penuh berkat ini. Solat Sunat Tarrawih. Tapi saya tak pergi sebab tak ada teman. Malulah perempuan pergi masjid sorang2.


Baiklah teman2, besok jangan lupa bangun sahur. Ingat! Sahur ini bukan sekadar mengalas perut, malah kita turut diberikan ganjaran pahala kerana melakukan amalan sunat di bulan mulia ini. Dan ingat teman2! Ganjaran pahala amalan sunat di bulan Ramadhan al-Mubarak ini sama dengan ganjaran amalan fardhu di bulan2 yang lain. Jadi, apa kata kita perbanyakkan amalan sunat dan mengutip ganjaran pahala sebanyak mungkin di bulan mulia ini?


Okeylah, muazzin (tok bilal) dah memulakan bacaannya. Jadi eloklah saya tamatkan post saya kali ini di sini.


Sampai berjumpa lagi! Assalamualaikum! Dadaa!...


p/s- entah kenapa setiap kali menjelang Ramadhan hati saya mesti rasa sebak. Kenapa, ya?

Jumaat, 29 Julai 2011

Mak dah mula buat biskut raya!

Assalamualaikum! 
Salam akhir Syaaban, Ahlan ya Ramadhan!

Apa khabar? Sudah lebih seminggu semenjak saya menulis post yang terakhir. Dan...tidak sampai beberapa hari sahaja lagi kita, umat Islam akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Kali ini saya nak bercerita pasal aktiviti tahunan emak saya apabila menjelang Ramadhan. Aktiviti membuat biskut raya!


Tadaa!
Biskut Semperit
Biskut Seri Bulan
(Yang warna coklat dalam bekas kat belakang tu biskut semperit coklat)

Haa! Yang ni biskut kesukaan saya...

Biskut Arab!
(emak saya telah menukar nama biskut ini kepada Seri Arabia...)

...Gambar-gambar lain...


Biskut arab yang telah disusun ke dalam bekas...

Golek gula banyak-banyak, baru sedap...


Yang ini packing untuk sample...




Nak angkat kuih keluar daripada oven pun nak tangkap gambar...
haha...!


Sebenarnya, kalau lagi garing, lagi sedap biskut ni!


Semperit original but mak taruh ceri instead of kismis...

Yang ini memang semperit original...

Ini dah nak habis doh ni...
so, kitorang design kitaorang punya biskut bentuk lain sikit...


Terlebih sapu putih telur, akibatnya chocolate rice jadi cair...
tapi, masih enak untuk dimakan...


Kitaorang buat kerja dekat bawah, lapik dengan surat khabar sahaja...





Susun punya susun, tup2! Jadi bentuk apa entah?








Amacam? Nampak sedap tak? Satu bekas bulat tu boleh isi 50-60 biji. Ikut saizlah. Harga pula RM 20 - RM 22. Okeylah tu, kan?


Setakat ini, itu sahajalah gambar yang dapat dikongsi. Nanti kalau ada masa, aku upload lagi. Okey, dadaaa...!

p/s- anak2 kucing yang selama ini bebas main kejar2 keliling rumah, sekarang dikurung di dapur atau di luar rumah...kesian, kesian, kesian...