D' followers!

Jumaat, 1 Julai 2011

Mari Makan!...(Cucur Durian)

Baiklah, hari ini aku nak cerita pasal makan... maksud aku... buat cucur durian...(cucor doroyan / doghoyan...loghat Peghok, betul ka?)

Malam semalam, ataupun lebih tepat lagi malam dua hari lepas, bapak sedara aku yang murah hati telah menghantar satu bakul durian yang baunya apabila dicium sungguh mengusik kalbu. (terima kasih Ayah Chu) Um...yummy2!


Jadi, keesokkan harinya, ala pagi semalamlah kiranya...mak aku pun merajinkanlah diri mengopek buah durian yang berlambak-lambak tu. Wah! Kali ini semua buah elok2! Rasa pun manis2! Sedap! (adalah sebiji dua yang tak elok, tapi...tak kisahlah kan? 12 biji yang lain tu elok2 saja! ^_^)

So, selepas siap mengopek buah durian tu, mak aku asingkanlah ke dalam dua buah bekas yang berbeza. Satu untuk dibuat cucur, satu lagi disimpan dahulu untuk dijadikan kuah.


Jadi, apa tunggu lagi? Mari aku kongsikan cara2 membuat cucor durian.
pilih isi yang elok dan segar...



Mula-mula, kita kena asingkan isi durian daripada bijinya. Atau, kalau nak lebih senang, korang boleh saja meramas isi durian tu terus dalam air bersih hingga isi dia tertanggal dari biji tu. sampai licin tau...
kulit dan biji durian tu janganlah pula dibuang merata-rata ya!
beginilah jadinya setelah selesai isi diramas dengan air...nampak kuningkan?

lepas tu korang masukkanlah gula secukup rasa, garam sedikit... juga sesedap rasa dan tepung mengikut tekstur yang sesuai. (chewah! pandai benor aku melabun. actually aku main agak2 je, coz aku lihat mak aku pun suka main agak2 ni. haha!)



satu cawan gula...dua cawan gula...tiga, ekkk?
kacau gula hingga sebati...
lepas tu korang ayak tepung gandum...(mak aku pakai tepung kek sikit)

Kemudian, korang kacaulah hingga semua bahan menjadi sebati. Macam gambar kat bawah ni...
kacau jangan tak kacau!(bukan kacau orang tau!)



hasilnya setelah selesai dikacau / diadun sebati...
Seterusnya, korang bolehlah panaskan minyak untuk menggoreng. dan... tadaaa!
DAH SIAP!!!
 (satu pinggan dah habis...tinggal satu pinggan sahaja lagi untuk diambil gambarnya...>_<)
So, lepas ni, korang bolehlah mencuba ya? Dadaa...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan