D' followers!

Selasa, 9 Ogos 2011

Juadah Sahur Pagi Tadi...

Assalamualaikum dan hai sekali lagi! Post kali ini adalah tentang juadah sahur kami pagi tadi... Tiada yang istimewa namun saya masih mahu berkongsi cerita. 

Selalunya waktu sahur kami (terutama sekali saya) akan makan nasi. Nasi putih + telur dadar... nasi goreng...dan nasi minyak (yang akhir ini sudah terang-terang saya berbohong). Paling kurang pun makan roti canai segera celup telur ataupun roti krim Gardenia.

Jadi, malam semalam, Sebelum masuk tidur, mak saya pun tanaklah satu periuk nasi di atas dapur gas bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku jika terlewat bangun sahur pagi nanti. Waktu tu jam dah pukul 11.30 malam. 

20 minit kemudian saya pergi ke dapur untuk memastikan nasi sudah elok masak atau masih mendidih (ataupun sudah memiliki kerak hitam di bahagian bawahnya). Tapi, apa yang saya nampak adalah api dapur gas tersebut tidak bernyala. Dan beras di dalam periuk itu masih terendam elok di dalam air.

Alamak, gas sudah habis! Macam manalah seorangpun tidak perasan? Di Kuala ni mana ada kedai yang sanggup hantar gas tengah2 malam begini. 

Sudahlah di rumah ini tiada benda yang boleh dimakan segera tanpa perlu menggunakan dapur gas. Roti putih juga sudah habis (dimakan oleh 4 ekor little kitten). Cerek elektrik pun tak ada, macam mana nak masak air pagi nanti?

Jadi, nak tak nak, mak saya putuskan untuk pergi mencari roti dan air untuk sahur nanti di kedai runcit bapa saudara saya. Nak tahu apa yang dibeli? Ini dia...
Boleh pilih nak yang mana satu...
Pilihan saya...
Roti putih bakar sapu kaya + air kotak Dutch Lady kopi...
p/s- jangan terpedaya dengan gambar di atas. itu hanyalah permulaan sahur saya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan