D' followers!

Isnin, 4 Julai 2011

DVD Original vs DVD Lanun...(sapa menang?)

Huh? Apahal lah pulak aku tiba2 melalut pasal DVD ori vs lanun punyer ni? Okeylah, straight to the point, aku nak cakap pasal ketidakpuasan hati aku pada harga DVD2 original ni. Mahal beb! Aku sebagai budak sekolah manalah mampu nak beli DVD ori ni. 
Walaupun hati ini teringin benar nak beli yang ori agar tidak melanggar undang2 (chewah!) Tapi, oleh kerana duit poket aku tak banyak, aku cuma mampu untuk beli DVD lanun aja. Sampai hari ni aku masih tertanya2, apasal lah DVD ori ni mahal (nak mampos!)? Ada sesiapa boleh tolong jawab? Silalah jelaskan kat aku. 
Okey, kat sini aku nak buat perbandingan antara DVD ori dan DVD lanun...

DVD Lanun...
  • Kualiti gambar, kalau yang pandai cari tu, mesti dapat yang mantap punyalah. Tak kalah pada yang ori.
  • Bunyi pun okey...
  • Satu keping DVD boleh muat sampai 6 movie (1 movie durasi 2 jam 30 min gitu)
  • harga murah. RM5-RM10... (duit jimat woo!)
DVD ori...
  •  Kualiti gambar / bunyi / bla3...mestilah baguskan? Kalau tidak tak akan adalah yang nak beli DVD ori ni...
  • Lepas tu ada tambahan untuk tonton di sebalik tabir / sound track lagu / bla3... (aku rasa tak payah pun benda ni...)
  • Selalunya kalau aku beli DVD movie yang ori, satu keping disc tu ada satu movie aja (durasi sama 2 jam 30 minit)
  • Harga mahal...satu keping paling murah aku pernah jumpa RM9.90. (itupun yang biasa2 punya, tak ada the making of / sound track / pilihan bahasa / pilihan subtitle. lebih kurang yang lanun punya versi original. hahaa...)
  • Kadang2 tu aku pernah tengok ada yang harga sampai RM30++...(1 movie aja ya 1 disc)
Jadi kalau nak dibandingkan, lebih baiklah aku beli yang lanun. Mungkin nanti bila aku dah pegang duit sendiri dan ada bajet lebih, Insya-Allah aku beli DVD yang ori. But, buat masa sekarang, DVD lanun pun okeylah...
So, buat korang yang sudi membaca celoteh aku yang merepek2 ni, terima kasihlah aku ucapkan. Dan buat pengeluar2 DVD original ni, tak bolehkah korang letak harga yang munasabah sikit? Jika DVD lanun yang mantap hanya RM10 sekeping dengan 6 movie di dalam, kenapalah korang tak boleh jual satu keping DVD ori yang mantap dengan hanya 1 movie pada harga yang sama? Mesti ramai yang akan beli DVD ori lepas ni kalau korang buat macam yang aku cadangkan ni (hahahah! suka hati aku aja nak arah orang)


p/s - kalau KRU boleh jual DVD ori hanya RM9.90-RM19.90 sekeping. Kenapa yang lain2 tak boleh buat hal yang sama?