D' followers!

Isnin, 18 Julai 2011

Nisfu Sya'ban Dah Lepas...Kini, Marhabban ya Ramadhan!

Pejam celik, pejam celik...tanpa sedar (atau buat2 tak sedar) kita sudah berada di bulan Sya'ban. Bukan awal bulan ya, kita sudah ada di tengah2 bulan Sya'ban. Malah, nisfu Sya'ban juga sudah berlalu semalam. Ini bermakna, tidak sampai setengah bulan (lebih kurang 14 hari lagi) kita akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Sudah siapkah anda semua untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini. Bagi yang tertinggal puasa (sama ada sengaja, tak sengaja atau disebabkan keuzuran), sudah selesaikah anda membayar puasa anda yang tertinggal itu? Jika belum sila2kanlah merajinkan diri anda untuk mengganti puasa yang tertinggal itu, ya.

Apa2 pun, Marhaban ya Ramadhan. Moga hadirmu kali ini membawa keberkatan kepada seluruh umat Muhammad s.a.w. Moga seluruh muslimin-muslimat sentiasa berlumba-lumba merebut pahala amalan yang dijanjikan berlipat ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini.

...!AMIN!...

p/s-semoga usiaku terus dipanjangkan agar dapat menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan