D' followers!

Selasa, 19 Julai 2011

Petak Parking >>>Tempat Menjaja Durian

Ini entri kedua aku untuk hari ini. Pecah rekod! Pecah rekod! Tak pernah dibuat aku menulis dua entri dalam satu hari.


Baiklah2! Kembali kepada tajuk post aku kali ini, aku nak cerita sikit pasal kejadian petang semalam.


Semalam aku keluar dengan mak dan adik bongsu aku ke pekan. Ingat nak cari barang rumah sedikit. So, kitaorang decide untuk pergi ke satu2nya pasar raya yang ada di pekan Kuala Kangsar ini. Pasar raya The Store.


Waktu itu sudah pukul 6.30 petang. Jadi, kami sangat2lah berharap ada petak meletak kenderaan yang kosong di hadapan pasar raya itu. Tak perlulah kitaorang nak pusing berkali-kali untuk cari parking lot.


Sampai2 sahaja kami di hadapan pasar raya tu, kami lihat ada dua buah petak parking yang sepatutnya kosong dan diisi oleh kenderaan2 yang beratur panjang di tepi2 jalan raya yang agak sibuk itu. (kalau polis ada mesti dah kena halau keluar) Tetapi, satu kenderaan pun tak berani nak masuk ke situ pasal sikap seorang penjaja durian yang tidak bertanggungjawab ini.


Adakah patut pada pemikiran anda, seorang penjaja melonggokkan durian2 (jika disukat menggunakan raga rotan, lebih kurang tiga bakul) di bahagian hadapan lot2 parking yang kosong itu? Tak patut bukan? Tak patut bukan?


Wah, pakcik! Tamak nampak! Kalau kau guna satu lot parking tu pun orang akan merungut dalam hati, ini kau guna sampai dua! DUA! Aku rasalah, kalau pakcik tu guna satu sahaja lot parking pun sudah cukup, bukan banyak pun duriannya. (Kalau diikutkan jumlah durian yang Ayah Chu aku bagi kat keluarga kitaorang lagi banyaklah dari tu!)


Sebab sikap tamak pakcik inilah, mak saya terpaksa pusing2 mencari parking. tak pasal2 pulak kitaorang kena parking dekat tepi jalan seberang. Kalau polis saman, siapa mahu bayar? Pakcik mahu bayarkah?


Jadi, the moral of the story is...Fikirlah dulu sebelum membuat apa2 tindakan yang berkemungkinan akan mendatangkan kesusahan kepada orang sekeliling.


p/s- musim durian sudah mahu habis, but malam semalam Ayah Chu  bagi satu bakul durian lagi. Sampai pecah bakul hijau tu sebab tak dapat tampung durian berat sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan