Ini entri kedua aku untuk hari ini. Pecah rekod! Pecah rekod! Tak pernah dibuat aku menulis dua entri dalam satu hari.
Baiklah2! Kembali kepada tajuk post aku kali ini, aku nak cerita sikit pasal kejadian petang semalam.
Semalam aku keluar dengan mak dan adik bongsu aku ke pekan. Ingat nak cari barang rumah sedikit. So, kitaorang decide untuk pergi ke satu2nya pasar raya yang ada di pekan Kuala Kangsar ini. Pasar raya The Store.
Waktu itu sudah pukul 6.30 petang. Jadi, kami sangat2lah berharap ada petak meletak kenderaan yang kosong di hadapan pasar raya itu. Tak perlulah kitaorang nak pusing berkali-kali untuk cari parking lot.
Sampai2 sahaja kami di hadapan pasar raya tu, kami lihat ada dua buah petak parking yang sepatutnya kosong dan diisi oleh kenderaan2 yang beratur panjang di tepi2 jalan raya yang agak sibuk itu. (kalau polis ada mesti dah kena halau keluar) Tetapi, satu kenderaan pun tak berani nak masuk ke situ pasal sikap seorang penjaja durian yang tidak bertanggungjawab ini.
Adakah patut pada pemikiran anda, seorang penjaja melonggokkan durian2 (jika disukat menggunakan raga rotan, lebih kurang tiga bakul) di bahagian hadapan lot2 parking yang kosong itu? Tak patut bukan? Tak patut bukan?
Wah, pakcik! Tamak nampak! Kalau kau guna satu lot parking tu pun orang akan merungut dalam hati, ini kau guna sampai dua! DUA! Aku rasalah, kalau pakcik tu guna satu sahaja lot parking pun sudah cukup, bukan banyak pun duriannya. (Kalau diikutkan jumlah durian yang Ayah Chu aku bagi kat keluarga kitaorang lagi banyaklah dari tu!)
Sebab sikap tamak pakcik inilah, mak saya terpaksa pusing2 mencari parking. tak pasal2 pulak kitaorang kena parking dekat tepi jalan seberang. Kalau polis saman, siapa mahu bayar? Pakcik mahu bayarkah?
Jadi, the moral of the story is...Fikirlah dulu sebelum membuat apa2 tindakan yang berkemungkinan akan mendatangkan kesusahan kepada orang sekeliling.
p/s- musim durian sudah mahu habis, but malam semalam Ayah Chu bagi satu bakul durian lagi. Sampai pecah bakul hijau tu sebab tak dapat tampung durian berat sangat.
D' followers!
Selasa, 19 Julai 2011
Wallpaper Domo-kun?!
Melihat pada tajuk yang tertera di atas, pasti kauorang tertanya-tanya apa kebendelah yang aku nak membebel kali ini pasal si Domo-kun tu, kan?
Sebenarnya, tak ada bendalah sangat. Aku sebenarnya nak tulis pasal adik aku yang telah menggantikan wallpaper notebook kami ini dengan gambar wajah Domo-kun yang bagi aku tak cute langsung. (menyeramkan adalah)
Walaupun sebenarnya binatang Domo-kun ni memang comel, tapi kalau fokus bahagian muka dia...eiii! Monster berbulu coklat manalah pulak yang sesat melekat kat skrin LCD notebook kitorang ni? Ish3x!!!
Baiklah, itu sahaja yang mahu aku ngomelkan kali ini. Moga bertemu lagi!
p/s- Jangan marah ya, Anum?
Sebenarnya, tak ada bendalah sangat. Aku sebenarnya nak tulis pasal adik aku yang telah menggantikan wallpaper notebook kami ini dengan gambar wajah Domo-kun yang bagi aku tak cute langsung. (menyeramkan adalah)
| Wallpaper notebook kitorang sekarang |
| Muka Domo-kun yang bagi aku comel tapi menyeramkan... Bagi kome? |
| Uishh! Tengok gigi dia! memang sahlah dia ni monster! (Dia ni memang monster ke? Aku tak tau!) |
Walaupun sebenarnya binatang Domo-kun ni memang comel, tapi kalau fokus bahagian muka dia...eiii! Monster berbulu coklat manalah pulak yang sesat melekat kat skrin LCD notebook kitorang ni? Ish3x!!!
Baiklah, itu sahaja yang mahu aku ngomelkan kali ini. Moga bertemu lagi!
p/s- Jangan marah ya, Anum?
Kisah Tomey!!
♫❤♫...HAPPY BIRTHDAY TOMEY... ♫❤♫
Tomey ni kucing peliharaan saya. Dia lahir 19 Julai tahun lepas, so hari ini, dia genap satu tahun. Sebenarnya, Tomey ni lahir 4 beradik. Tomey yang nombor 2. But, adik-beradik dia yang lagi 3 tu mati sebab sakit waktu deme umur 5 bulan.
![]() |
| Waktu ni Tomey baru bukak mata...kecik lagi baru besar tapak tangan |
![]() |
| Tomey...Tomey-To... |
![]() |
| 4 beradik little kitten waktu kecik |
![]() |
| Tomey n Abu |
![]() |
| Tomey with Mama Ara |
Tomey ni waktu kecik hyperpasif. (lawan kepada hyperaktif). Lepas tu, dia ni asyik sakit aja. Apabila dah sakit tu, mulalah duduk sekor2. Terasing daripada tiga ekor adik-beradik dia yang lain. Dan, sebab itu jugaklah, dia tak terjangkit penyakit berjangkit yang terkena pada adik-beradik dia (tak tau apakah nama penyakitnya). Habis semua mati, tinggal Tomey seekor aja yang hidup.
![]() |
| Waktu ni Tomey baru 3 bulan...dah nak dekat sama besar dengan Mama |
![]() |
| Tomey dengan abang Abu, Yama n Adek... waktu ni baru 4 bulan 10 hari... |
Lepas adik-beradik dia tu mati, Tomey ni jadi macam kucing bingung aja. Nak main tak ada kawan. Nak gaduh tak ada lawan. Nak keluar rumah pulak, kalau mama dia tak keluar sekali jangan haraplah dia nak keluar sendiri. Kena paksa pun dia tak mahu keluar.
Tapi, sebulan lepas tu Tomey sudah dapat kawan kecik. Adik kitten dia (nama dia Lala) yang lahir sehari selepas adik-beradik Tomey mati, sudah cukup pandai untuk teman Tomey bermain.
![]() |
| Tomey n Lala |
![]() |
| Ikut menyibuk tidur dengan Mama Ara n Adik Lala |
![]() |
| Tomey menggedik dengan mama... |
...Tomey kembali sendirian...
Aktiviti harian Tomey semenjak kembali sendirian
![]() |
| ...ZzzzZz... |
![]() |
| Tidor gaya menggedik... |
![]() |
| Tidor lagi... |
![]() |
| Pose depan kamera.... |
![]() |
| Golek2 di lantai... |
Semuanya sekor2 dia sahaja...kesian, kesian, kesian...
8 Mei 2011...
![]() |
| Sudah ada teman untuk lepak sama2 atas meja kopi lama... |
![]() |
| Berehat kejap lepas penat main kejor2... |
![]() |
| Oleh kerna mama taknak temankan adik2 kat dalam sangkar, biar Abang Omey saja yang lakukan tugas itu... |
![]() |
| Gigit jangan tak gigit! |
![]() |
| Didy, Tomey n Montel |
![]() |
| Semua pakat sudah mengantuk... |
![]() |
| Tengah tunggu pintu kandang dibukakan untuk dia... |
![]() |
| Tak sabar nak tunggu adik keluar, nanti boleh main kejar2 macam kucing gila! Huhu... |
![]() |
| Tomey paling sayang adik dia yang Montel ni... |
Apa2 pun, saya amat berharap agar Tomey terus ceria dan manja (dan menggedik2...). dan terus memberatkan badan hingga menjadi seperti Garfield. (sakit doh tangan nak dukung dia, macam dukung anak orang. Hehe...)
![]() |
| Makan kenyang2! Nanti boleh jadi macam Garfield! |
![]() |
| Yummy2! Sedapnyerr Friskies perasa ikan ni...! |
Isnin, 18 Julai 2011
Nisfu Sya'ban Dah Lepas...Kini, Marhabban ya Ramadhan!
Pejam celik, pejam celik...tanpa sedar (atau buat2 tak sedar) kita sudah berada di bulan Sya'ban. Bukan awal bulan ya, kita sudah ada di tengah2 bulan Sya'ban. Malah, nisfu Sya'ban juga sudah berlalu semalam. Ini bermakna, tidak sampai setengah bulan (lebih kurang 14 hari lagi) kita akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Sudah siapkah anda semua untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini. Bagi yang tertinggal puasa (sama ada sengaja, tak sengaja atau disebabkan keuzuran), sudah selesaikah anda membayar puasa anda yang tertinggal itu? Jika belum sila2kanlah merajinkan diri anda untuk mengganti puasa yang tertinggal itu, ya.
Apa2 pun, Marhaban ya Ramadhan. Moga hadirmu kali ini membawa keberkatan kepada seluruh umat Muhammad s.a.w. Moga seluruh muslimin-muslimat sentiasa berlumba-lumba merebut pahala amalan yang dijanjikan berlipat ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini.
...!AMIN!...
p/s-semoga usiaku terus dipanjangkan agar dapat menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. :D
Isnin, 4 Julai 2011
DVD Original vs DVD Lanun...(sapa menang?)
Huh? Apahal lah pulak aku tiba2 melalut pasal DVD ori vs lanun punyer ni? Okeylah, straight to the point, aku nak cakap pasal ketidakpuasan hati aku pada harga DVD2 original ni. Mahal beb! Aku sebagai budak sekolah manalah mampu nak beli DVD ori ni.
Walaupun hati ini teringin benar nak beli yang ori agar tidak melanggar undang2 (chewah!) Tapi, oleh kerana duit poket aku tak banyak, aku cuma mampu untuk beli DVD lanun aja. Sampai hari ni aku masih tertanya2, apasal lah DVD ori ni mahal (nak mampos!)? Ada sesiapa boleh tolong jawab? Silalah jelaskan kat aku.
Okey, kat sini aku nak buat perbandingan antara DVD ori dan DVD lanun...
So, buat korang yang sudi membaca celoteh aku yang merepek2 ni, terima kasihlah aku ucapkan. Dan buat pengeluar2 DVD original ni, tak bolehkah korang letak harga yang munasabah sikit? Jika DVD lanun yang mantap hanya RM10 sekeping dengan 6 movie di dalam, kenapalah korang tak boleh jual satu keping DVD ori yang mantap dengan hanya 1 movie pada harga yang sama? Mesti ramai yang akan beli DVD ori lepas ni kalau korang buat macam yang aku cadangkan ni (hahahah! suka hati aku aja nak arah orang)
p/s - kalau KRU boleh jual DVD ori hanya RM9.90-RM19.90 sekeping. Kenapa yang lain2 tak boleh buat hal yang sama?
Walaupun hati ini teringin benar nak beli yang ori agar tidak melanggar undang2 (chewah!) Tapi, oleh kerana duit poket aku tak banyak, aku cuma mampu untuk beli DVD lanun aja. Sampai hari ni aku masih tertanya2, apasal lah DVD ori ni mahal (nak mampos!)? Ada sesiapa boleh tolong jawab? Silalah jelaskan kat aku.
Okey, kat sini aku nak buat perbandingan antara DVD ori dan DVD lanun...
DVD Lanun...
- Kualiti gambar, kalau yang pandai cari tu, mesti dapat yang mantap punyalah. Tak kalah pada yang ori.
- Bunyi pun okey...
- Satu keping DVD boleh muat sampai 6 movie (1 movie durasi 2 jam 30 min gitu)
- harga murah. RM5-RM10... (duit jimat woo!)
- Kualiti gambar / bunyi / bla3...mestilah baguskan? Kalau tidak tak akan adalah yang nak beli DVD ori ni...
- Lepas tu ada tambahan untuk tonton di sebalik tabir / sound track lagu / bla3... (aku rasa tak payah pun benda ni...)
- Selalunya kalau aku beli DVD movie yang ori, satu keping disc tu ada satu movie aja (durasi sama 2 jam 30 minit)
- Harga mahal...satu keping paling murah aku pernah jumpa RM9.90. (itupun yang biasa2 punya, tak ada the making of / sound track / pilihan bahasa / pilihan subtitle. lebih kurang yang lanun punya versi original. hahaa...)
- Kadang2 tu aku pernah tengok ada yang harga sampai RM30++...(1 movie aja ya 1 disc)
So, buat korang yang sudi membaca celoteh aku yang merepek2 ni, terima kasihlah aku ucapkan. Dan buat pengeluar2 DVD original ni, tak bolehkah korang letak harga yang munasabah sikit? Jika DVD lanun yang mantap hanya RM10 sekeping dengan 6 movie di dalam, kenapalah korang tak boleh jual satu keping DVD ori yang mantap dengan hanya 1 movie pada harga yang sama? Mesti ramai yang akan beli DVD ori lepas ni kalau korang buat macam yang aku cadangkan ni (hahahah! suka hati aku aja nak arah orang)
p/s - kalau KRU boleh jual DVD ori hanya RM9.90-RM19.90 sekeping. Kenapa yang lain2 tak boleh buat hal yang sama?
Langgan:
Catatan (Atom)




























